Friday, 16 October 2009

open houses 2

ari ni 30 syawal.. ari terakhir sblm kita melangkah ke bulan zulkaedah..
maka berakhirnya open houses yang diadakan sepanjang bulan syawal ini...

weekend lps ada 3 open house yg aku kunjungi. salah satunya rumah dato' markiman (x MP hulu langat - lebih dikenali sbg dato' mark) atas jemputan sedara fahmi.. meriah memang meriah.. aku smpi dgn wife n alya lebih kurang jam 2.30 ptg... ramainya tak terkata... sblm nk masuk ke perkarangan rumah dato' aku terpandang satu banner jemputan aidilfitri PKR yang diadakan pada hari yang sama juga.. berdekatan dengan rumah dato mark rsnya..

pelbagai juadah dan hidangan yang disediakan.. yang paling menarik ialah puyuh goreng yang sentiasa menjadi hidangan utama jika dato' mark buat open house. antara juadah yang lain ialah mee goreng, rojak mee, sate, popia, rendang ayam dan daging.... untuk menghilangkan dahaga, air soya dan mata kucing (kalau x salah aku la)... paling best dan aku rs x leh lupa.. kesedapan teh tarik... mmg sedap giler... kalah kedai mamak dato'!!! lebih kurang sejam jugak la melepak kat uma dato' mark, kebetulan jiran camelia (jiran taman) pon ada kat situ.. che hafizan dan wife... serta tn azmi serta keluarga... kesibukan makcik tom (mak kpd sedara fahmi) melayan tetamu disamping memastikan majlis berjalan lancar... (kiranya orang kuat dato' & datin la ni) :)
lebih kurang jam 3.30pm aku bergerak dari ruma dato' dan ada lagi open house nk pg...

kali ni rumah mber baik di kelana jaya... en mizril dan keluarga... alhamdulilah jalan tak berapa jem.. lebih kurang jam 4.15pm smpi kat sana.. suasana pon agak meriah dengan kehadiran sanak sedara dan kawan2... dh lama x jumpa bapa ko mizril... nmpk sedikit keletihan di muka orang tua tu... maknye si mizril pula sibuk dok melayan tetamu yang hadir... kebetulan masa tu jumpa kawan2 X guthrie... bertukar cerita dan gelak tawa jadi bualan... dlm 1/2 jam kemudian, my best fren kat kolej GOON... hehe... sapa lagi... si boy la... (x student UITM).. datang dgn keta harrier nya... betul2 dh berubah mber aku sorg ni... dgr citer buat biz event management... (jgn buat biz haram udah le..) bnyk berbual pasal kenangan lama... ehem..ehem.. kenangan apa tu??? hehe... yg paling best bila teringat masa main bole dulu wakil kolej... masa tu we all dh masuk semi final (kalau x silap) jumpa team MALAYSIA (dh pki jersey malaysia:) smpi la penentuan penalti.. masa tu boy ni penalty taker yg terakhir la... dlm hati aku bole masuk ke ni... ikutkan mizril.. dia x confident langsung dengan boy.. tp nk buat mcm mn... tngl dia sorang je yg x ambik lagi.. tup2 sepak x gol.. hampeh ko boy...!!! dek kerana itu la x dapek g final.. gerrrr...
dlm kol 5.30pm aku pon berangkat la pulang... x sempat pon nk bergambar dgn boy and miz... insyaAllah kita jumpa lagi nnt...

smpi uma dh kol 6 lebih... letih ya amat... mlm td tak dapat nk tido awal... tp my princess alya sblm maghrib dh tido.. smpi la ke pagi....

hari sabtu hari tu... melayan pulak ke rumah zairol... kat area bukit rimau, kota kemuning...
bnyk gak juadah yang disediakan... masa yang sama bole lak terjumpa kawan2 lama kat CPOC... hamdan, haji mazlan dan awex2 finance...

apapon minggu ni mmg meletihkan gak la...

Monday, 12 October 2009

open house...
















saya mengucapkan terima kasih kepada kenkawan yang hadir pada rumah terbuka saya semalam. sesungguhnya kehadiran sedara sekalian dapat mengeratkan lagi persaudaraan kita.

mohon maaf saya dan isteri jika ada salah dan silap sepanjang majlis tersebut.

Friday, 9 October 2009

when i was in perak..

mcm mn nk citer ek..

asalnya aku ni dilahirkan di kedah... but lps mak aku abis pantang until my age masuk 11 yrs old, my family moving to teluk intan, perak. when i was 7, skolah kat sk dato' laksamana, teluk intan. kiranya sekolah tu hebat gak la... maklumla nama diambil sempena pahlawan melayu perak. but x lama kat situ coz we all moving lagi ke area batu 9, dekat dgn SEMESTI school. pindah skolah lagi... kali di sk batu 9. kat situ la ramai la dpt kenkawan... mcm2 perangai.. yg bestnya smua geng2 laki ni suka main bola... wakil skolah tu x yh citer la.. smpi peringkat daerah... peringkat negeri x dapat nk jejak kaki.. ramai yg hebat2 kot smpi x terpilih...

most sweet memory in sk batu 9, segala mcm perangai terbentuk kat situ... kat situ la suka bergaduh.. suka berkelahi.. (budak2 biasala) tapi xde la smpi gengsterisme.. yg manisnya dpt knl geng2 perempuan yg comel2.. hehe... dlm bnyk2 awex tu.. aku close dgn budak pempuan ni.. namanya erni.. erni mohd nor.. smpi skrg aku x dgr berita pasal dia.. ramai lagi member2 lain yg aku masih ingat... hasbullah, kazar, sulaiman, syarifah dan ada lagi aku x ingat namanya.... weh.. rindu la nk jumpa korang!

back to topic.. smpi ke umor 11 thn.. family aku pindah lagi.. aduh.. dh brp kali pindah daa.. kali ini 4 of us (ayah, mak, abang and me) ke kedah..

Thursday, 8 October 2009

Posto

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah lahirnya blog ini akan menceritakan ruangan tetingkap kisah hidup sy dlm laman blog ini. Semoga dengan adanya blog ini memberi manfaat pada empunya diri dan juga kepada rakan2 yg lain. Jika tersalah kata ampun maaf dipinta. Yang baik hanya dari yang ESA dan kekurangan dari insan yang kerdil ini.

Untuk Posto yang pertama ini, sy ingin terlebih dahulu memohon ampun dan maaf kepada rakan2 sama ada yang rapat ataupun yang telah terputus hubungan semasa mengenali sy. Segala budi baik insyaAllah dibalas jua oleh yang MAHA ESA. Sesungguhnya perjalanan hidup sy dari kecil sehinggalah keusia 30 ini bnyk mengajar pahit maung kehidupan seorang insan.

Kepada rakan2 dialu alukan memberi komen sama ada yang bernas dan membina seterusnya kita mengukuhkan ukhuwah sesama kita.

Salam posto yang pertama saya ucapkan..


Anuar